Aku dan Kehidupan....( Cerita yg tidak sempat di post....2009-2016)

Zaman kanak2 aku.....

Indah dan ceria...aku gembira dan riang ria..maklumlah kanak2 kan... tempat aku belajar mengenal kawan dan rakan..guru dan pendidik... 


sekolah menengah aku di Sek.Men.Dato' Mohd Said Nilai.... saat paling 'best' zaman aku di tingkatan 5.Kira paling tua... kawan2 di 5 Perdagangan 2... aku tak akan lupakan kalian... memori di SMDMS Nilai begitu kekal di ingatan... moto kita 'sorang kena,semua cover' begitu akrab dan mesra tanpa kira agama dan bangsa...

Dimanakah kalian? Aku rindu saat kita ponteng kelas... tapi kita tetap yang terbaik... mural dinding sekolah kita warnakan... senakal2 kita.... guru tetap jadi sanjungankan... aku gembira kalian telah berjaya dalam haluan masing2. Apa yang pasti...aku kini sendiri di bumi Sultan Iskandar.

Habis SPM... aku kerja kilang...zaman itu zaman kerja kilang tengah top. Sambil tunggu SPM aku pun kerja kilang... Dana Vision Sdn Bhd antara yang pernah memberi aku gaji yang pertama.
Mana mereka semua... tentu masih ada di Nilai, Salak, Sepang, Batu 8 Labu, Seremban, Dengkil dan tempat2 lain mungkin. Berkerja di tempat yang penuh dgn mesin, mold dan macam2 lagi... tapi aku tak lama menabur bakti di sana... 

Masa tunggu STPM aku kerja klinik. Jadi kerani akaun... tahu lah jugak serba sedikit kerja klinik bila staff klinik tak cukup orang. Pernahlah jugak buat  kerja ambil ubat.... assist doktor dan yang best... tengok budak lelaki berkha..... bila aku lapang dan senang aku ziarahi jugak klinik itu... bukan kerana sakit tetapi kerana aku ada kawan yang masih kerja di situ.

Aku kemudian ke universiti... UPM = Universiti Penuh Motor.... sana sini pelajar bermotor... aku juga yang jalan kaki. Sebab itu aku kurus sampai kini...:-)...
3 tahun aku menagih ilmu, berdrama dan berteater... aku pelajari... berkarya dan berilusi itu yang di ajari...al- Fatihah untuk Prof Madya Darmavijaya... sifu aku dalam berkarya dan berilusi

Comments

Popular posts from this blog

Cikgu vs Doktor

11 Muharram

Satu ketika nanti