Posts

Showing posts from November, 2009

Konsert My Super Twin

Image
19hb Nov - Malam yang menyaksikan persembahan murid-murid St. Stephen Kindergarten Yong Peng. Mereka merupakan murid-murid yang berumur 4 hingga 6 tahun. Pelbagai persembahan termasuklah nyanyian dan tarian yang turut disertai satu-satunya pasangan kembar yang berumur 6 tahun iaitu Siti Sobiha dan Siti Solehah. Pasangan kembar ini mempersembahkan tarian dan nyanyian.

Chaiyo..Chaiyo ..Azreen..

Image
Beberapa hari lagi cuti persekolahan akan tiba, mereka yang bergelar 'pelajar sekolah' akan meraikannya dengan penuh gumbira. SMK Yong Peng bakal kehilangan guru yang sangat dedikasi dan semestinya Cikgu Azreen yang akan bertukar ke Sarawak kerana mengikuti suaminya yang juga mengajar di sana... setahun mengenali..seorang yang gigih,tabah dan mampu memikul segala tugas di amanahkan... Selamat bertugas, selamat menempuh alam baru dan selamat segalanya... "Chaiyo...chaiyo Azreen"- siapakah yang bakal menjadi guru Perdagangan nanti...

"With Love"

Image
Hari ini aku dapat jejaki jua koleksi drama bersiri Jepun popular akhir 1990 an."With Love" drama bersiri Jepun yang mengisahkan percintaan dua insan melalui email... masa tu tengah hangat dengan demam "amboi.net" kolum chating yang sangat popular. Sekian lama mencari akhirnya aku dapat jua menatapi hero drama ini "Hata san" dan juga heroinnya "teruterubozu" sangat meruntun jutaan penonton tika itu termasuklah aku....sangant romantis,tragis dan kreatif hingga kekal ke hari ini... Layarilah dan hayatilah ulangan drama ini di youtube, taipkan with love drama jepun. Akhir kalam...jutaan terima kasih buat "uda" ku yang telah menemukan aku dan "hata san"...:-) "awak sangat memahami saya"....

Padang tampek ambo...

Image
Indak lagi aku ke Padang lah jua...takanang ambo tompek nan indah balako. Kampuang ayah ambo nun payo kumbuoh. Hari kemerdekaan Malaysia ke52 aku ke Padang Indonesia... berjalan,mencari pengalaman berpuasa di tempat orang. Lain tampek lain adatnya... aku belajar untuk menyusuri kembali kampuang halaman ambo dan tradisi amalan berkurun lamonyo... Satu kepuasan meniti kembali dunia Minangkabau yang menjadi kanangan selamonyo... keindahan tampek sawah bandang, hasil sulaman menjadikan aku akur pada ciptaan Ilahi bahawa bumi ini adalah ciptaannya yang maha sempurna... Maka dengan kuasaNya juga..tempat itu menjadi sebaliknya...gempa yang berlaku menjadikan satu "padang" yang sepi dan rata...

Aku dan November

Image
November kini hampir berlalu,menggamit memori setahun yang baru pergi...November ini juga menyaksikan saat dan tikanya aku melangkah keluar meninggalkan kawan2 di SMAPR. Pelbagai cerita sarat dalam bagasi ku turut serta ku heret pergi... Kali ini November datang dan bakal pergi...pastinya akan ku kunci dalam hati bahawa November ini sangat bererti dalam hidup "Ustazah Juliana". Terima kasih kawan kerana mengajar aku tentang ukhwah dan kemesraan.... :-)(aku sangat merindui kalian)