Duniawi vs Firdausi

Sunday, January 23, 2011 Edit This 0 Comments »
Lewat malam yang dingin...
menyelimuti setiap insan yang beradu..
Lena..di buai mimpi..

Aku masih terkebil-kebil..
merenung malam yang pekat
merenung tentang aku dan kehidupan..

Lewat hari-hari yang berlalu
mengajar aku supaya mengukur jarak
dan tinggi diri
tentang kekuasanNya
menghujani aku dengan dugaan

Aku bersyukur kerana Esa memberi
aku payung ketabahan...
air penyejuk hati...
Aku sedar
bahawa inilah
Duniawi ciptaan Ilahi
dan syurga hikmah insani..

bahawa insan hari ini
mengejar hati dan diri
bukan menjadi umat yang
sejati...

Sabar kah Aku....

Sunday, January 16, 2011 Edit This 0 Comments »
Tahun baru yang menghujani aku...
batu-batu dan kerikil...
tiada gerimis yang menyapa
hanya titisan pilu yang mengalir
dari hatiku....

Sabar kah Aku...
menahan pedih dari
batu dan kerikil..
membina empang dari mengalir..

Sabar kah Aku...
meniti esok hari..

Namun selagi aku
bernama Aku..
Sabarlah meniti
catatan diari
yang bernama insani...

Sesungguh itulah duniawi sebelum
menghuni firdausi...

Salam buat semua...

Saturday, November 20, 2010 Edit This
Penghujung 2010 semakin tiba...
terlalu banyak memori yang terakam..
tahun yang banyak meninggalkan kesan di kalbu,
menghiris jiwa...

Seperti tidak sabar menggapai tahun yang baru..
memulakan episod yang baru
dan mulakan semangat yang baru...

Tahun yang mendatang,
aku perlukan seribu kekutan,
sejuta harapan
utk membentuk "hati" yang baru...

Sepuluh tahun menyulam kasih dan sayang....

Saturday, February 27, 2010 Edit This 0 Comments »



Hari ini sepuluh tahun yang berlalu, menyimpan pelbagai saat manis dalam kehidupan berkeluarga. Tanggal itu datang lagi menggamit hatiku satu ketika dulu... saat hadirnya suami yang mengajar aku tentang gelaran seorang isteri.

Terima kasih kerana menyunting aku sebagai suri dalam hidupmu..

Moga ikatan kasih ini kekal abadi hingga ke syurgawi fidausi..Amin..

Lama sungguh menyepi....:-)

Saturday, February 27, 2010 Edit This 0 Comments »
Salam buat semua,

Lama sungguh empunya menyepikan diri,hampir berbulan rasanya...banyak cerita teta[i tak berkesempatan untuk dikongsi bersama..kekangan waktu membatasi diri apatahlah lagi pelbagai info terkini mudah pakai semakin rancak dipentas terkonologi ini...

Konsert My Super Twin

Sunday, November 22, 2009 Edit This 0 Comments »





19hb Nov - Malam yang menyaksikan persembahan murid-murid St. Stephen Kindergarten Yong Peng. Mereka merupakan murid-murid yang berumur 4 hingga 6 tahun. Pelbagai persembahan termasuklah nyanyian dan tarian yang turut disertai satu-satunya pasangan kembar yang berumur 6 tahun iaitu Siti Sobiha dan Siti Solehah. Pasangan kembar ini mempersembahkan tarian dan nyanyian.

Chaiyo..Chaiyo ..Azreen..

Tuesday, November 17, 2009 Edit This 0 Comments »

Beberapa hari lagi cuti persekolahan akan tiba, mereka yang bergelar 'pelajar sekolah' akan meraikannya dengan penuh gumbira. SMK Yong Peng bakal kehilangan guru yang sangat dedikasi dan semestinya Cikgu Azreen yang akan bertukar ke Sarawak kerana mengikuti suaminya yang juga mengajar di sana... setahun mengenali..seorang yang gigih,tabah dan mampu memikul segala tugas di amanahkan...
Selamat bertugas, selamat menempuh alam baru dan selamat segalanya...
"Chaiyo...chaiyo Azreen"- siapakah yang bakal menjadi guru Perdagangan nanti...