Duniawi vs Firdausi

Lewat malam yang dingin...
menyelimuti setiap insan yang beradu..
Lena..di buai mimpi..

Aku masih terkebil-kebil..
merenung malam yang pekat
merenung tentang aku dan kehidupan..

Lewat hari-hari yang berlalu
mengajar aku supaya mengukur jarak
dan tinggi diri
tentang kekuasanNya
menghujani aku dengan dugaan

Aku bersyukur kerana Esa memberi
aku payung ketabahan...
air penyejuk hati...
Aku sedar
bahawa inilah
Duniawi ciptaan Ilahi
dan syurga hikmah insani..

bahawa insan hari ini
mengejar hati dan diri
bukan menjadi umat yang
sejati...

Comments

Popular posts from this blog

Cikgu vs Doktor

Satu ketika nanti

11 Muharram