Hati seorang "GURU"
Hati seorang guru
dalam marahnya
ada sayangnya...
dalam geramnya
ada sukanya
Hati seorang guru
luar nampak garangnya
tapi lembut hatinya
keras katanya
ada baiknya....
Hati seorang guru
apa yang anak murid
perlu tahu...
tidak ada GURU
yang mahu pelajarnya
layu dan kuyu
kerana itu aku menjadi
seorang GURU.
Comments
Post a Comment