Satu kenangan yang menggamit perasaan... :-(


20/02/2009

Lewat malam begini....tiba-tiba aku rasakan hatiku sangat merindui pada kenangan...betul2 membuat hati ku jadi sayu....

Sayu dan rindu pada kawan2 di Pt.Raja...kalau boleh ingin aku kembali kesana...tapi apa kan daya, telah takdirnya..aku bukan lagi wujud di tanah smapr.... payah dan sukar utk ku letakkan hati dan kenangan ku jauh dari pt raja. Gelak tawa,senda gurau, cubit-cubitan....

Bila kawan baik ku katakan " dah tak ada orang nak cubit2 aku lagi"...hatiku sgt sedih....biar pun hati ku kini tenang dan aman di tempat baru....tempat lama tetap ku kenang. Betul kata org...sekali hati kita tekad dan bulat...akibatnya sgt sengsara...aku jadi perindu pada kenangan lalu...

Kawan2...Af,Mai,Sal, Zai, Kiah dan tentu nya Saiyah....aku tak akan lupa pada kenangan kita di Smapr. Kalian tetap dalam ingatan selagi hayat di kandung badan. 

Semalam...lepas habis temuduga spp, aku singgah dan ziarah pada kwn2 lama. Aku rindu utk mendgr anak2 murid ku memanggil aku 'ustazah'. Bila mereka melambai....hatiku berkata "adakah aku betul pada tekad yang aku ikatkan pada hati"? Tuhan sahaja yg mengetahui...

Tapi aku kuat kerana hatiku pernah luka dan kecewa...betul2 luka.... 

Kini pada semangat dan harapan ku..telah aku pahat dan patrikan bahawa Tuhan itu adil dalam menentukan hala dan tujuan takdirku... sesungguhnya kenangan itu tetap manis untuk dirindui dan di kenangkan.... 

Selagi hayat dikandung badan,selagi akal waras difikiran...SMAPR tetap abadi dalam ingatan.

Comments

Popular posts from this blog

Cikgu vs Doktor

11 Muharram

Satu ketika nanti