JCU 4704 bikin kembali



Hmmm...selepas 9 tahun JCU 4704 suamiku kembali. Setelah terperuk sekian lama...akhirnya di "hidupkan". Kini dalam proses bikin semula. Mujur sipemunya JCU 4704 ini pandai bikin motor kesayangannya. Masuk hari ini sahaja dalam 6 orang menanyakan tentang motornya. 

Pada yang menanyakan kepada aku,jawab ku senang sahaja..."awak akan jadi orang bertuah kalau dapat beli JCU 4704".

Satu memori yang sukar untuk dipisahkan antara suamiku dengan JCU 4704 nya itu. Telah membawa dirinya menjelajah keseluruh semenanjung sebanyak 3 kali secara bersendirian...

Biarlah...aku sentiasa menyokong walaupun aku baru sekali menaiki JCU 4704 itu. :-)


Comments

Popular posts from this blog

Cikgu vs Doktor

Satu ketika nanti

11 Muharram