Duniawi vs Firdausi

Sunday, January 23, 2011 Edit This 0 Comments »
Lewat malam yang dingin...
menyelimuti setiap insan yang beradu..
Lena..di buai mimpi..

Aku masih terkebil-kebil..
merenung malam yang pekat
merenung tentang aku dan kehidupan..

Lewat hari-hari yang berlalu
mengajar aku supaya mengukur jarak
dan tinggi diri
tentang kekuasanNya
menghujani aku dengan dugaan

Aku bersyukur kerana Esa memberi
aku payung ketabahan...
air penyejuk hati...
Aku sedar
bahawa inilah
Duniawi ciptaan Ilahi
dan syurga hikmah insani..

bahawa insan hari ini
mengejar hati dan diri
bukan menjadi umat yang
sejati...

Sabar kah Aku....

Sunday, January 16, 2011 Edit This 0 Comments »
Tahun baru yang menghujani aku...
batu-batu dan kerikil...
tiada gerimis yang menyapa
hanya titisan pilu yang mengalir
dari hatiku....

Sabar kah Aku...
menahan pedih dari
batu dan kerikil..
membina empang dari mengalir..

Sabar kah Aku...
meniti esok hari..

Namun selagi aku
bernama Aku..
Sabarlah meniti
catatan diari
yang bernama insani...

Sesungguh itulah duniawi sebelum
menghuni firdausi...