Posts

Showing posts from 2011

Duniawi vs Firdausi

Lewat malam yang dingin... menyelimuti setiap insan yang beradu.. Lena..di buai mimpi.. Aku masih terkebil-kebil.. merenung malam yang pekat merenung tentang aku dan kehidupan.. Lewat hari-hari yang berlalu mengajar aku supaya mengukur jarak dan tinggi diri tentang kekuasanNya menghujani aku dengan dugaan Aku bersyukur kerana Esa memberi aku payung ketabahan... air penyejuk hati... Aku sedar bahawa inilah Duniawi ciptaan Ilahi dan syurga hikmah insani.. bahawa insan hari ini mengejar hati dan diri bukan menjadi umat yang sejati...

Sabar kah Aku....

Tahun baru yang menghujani aku... batu-batu dan kerikil... tiada gerimis yang menyapa hanya titisan pilu yang mengalir dari hatiku.... Sabar kah Aku... menahan pedih dari batu dan kerikil.. membina empang dari mengalir.. Sabar kah Aku... meniti esok hari.. Namun selagi aku bernama Aku.. Sabarlah meniti catatan diari yang bernama insani... Sesungguh itulah duniawi sebelum menghuni firdausi...