Posts

Showing posts from 2009

Konsert My Super Twin

Image
19hb Nov - Malam yang menyaksikan persembahan murid-murid St. Stephen Kindergarten Yong Peng. Mereka merupakan murid-murid yang berumur 4 hingga 6 tahun. Pelbagai persembahan termasuklah nyanyian dan tarian yang turut disertai satu-satunya pasangan kembar yang berumur 6 tahun iaitu Siti Sobiha dan Siti Solehah. Pasangan kembar ini mempersembahkan tarian dan nyanyian.

Chaiyo..Chaiyo ..Azreen..

Image
Beberapa hari lagi cuti persekolahan akan tiba, mereka yang bergelar 'pelajar sekolah' akan meraikannya dengan penuh gumbira. SMK Yong Peng bakal kehilangan guru yang sangat dedikasi dan semestinya Cikgu Azreen yang akan bertukar ke Sarawak kerana mengikuti suaminya yang juga mengajar di sana... setahun mengenali..seorang yang gigih,tabah dan mampu memikul segala tugas di amanahkan... Selamat bertugas, selamat menempuh alam baru dan selamat segalanya... "Chaiyo...chaiyo Azreen"- siapakah yang bakal menjadi guru Perdagangan nanti...

"With Love"

Image
Hari ini aku dapat jejaki jua koleksi drama bersiri Jepun popular akhir 1990 an."With Love" drama bersiri Jepun yang mengisahkan percintaan dua insan melalui email... masa tu tengah hangat dengan demam "amboi.net" kolum chating yang sangat popular. Sekian lama mencari akhirnya aku dapat jua menatapi hero drama ini "Hata san" dan juga heroinnya "teruterubozu" sangat meruntun jutaan penonton tika itu termasuklah aku....sangant romantis,tragis dan kreatif hingga kekal ke hari ini... Layarilah dan hayatilah ulangan drama ini di youtube, taipkan with love drama jepun. Akhir kalam...jutaan terima kasih buat "uda" ku yang telah menemukan aku dan "hata san"...:-) "awak sangat memahami saya"....

Padang tampek ambo...

Image
Indak lagi aku ke Padang lah jua...takanang ambo tompek nan indah balako. Kampuang ayah ambo nun payo kumbuoh. Hari kemerdekaan Malaysia ke52 aku ke Padang Indonesia... berjalan,mencari pengalaman berpuasa di tempat orang. Lain tampek lain adatnya... aku belajar untuk menyusuri kembali kampuang halaman ambo dan tradisi amalan berkurun lamonyo... Satu kepuasan meniti kembali dunia Minangkabau yang menjadi kanangan selamonyo... keindahan tampek sawah bandang, hasil sulaman menjadikan aku akur pada ciptaan Ilahi bahawa bumi ini adalah ciptaannya yang maha sempurna... Maka dengan kuasaNya juga..tempat itu menjadi sebaliknya...gempa yang berlaku menjadikan satu "padang" yang sepi dan rata...

Aku dan November

Image
November kini hampir berlalu,menggamit memori setahun yang baru pergi...November ini juga menyaksikan saat dan tikanya aku melangkah keluar meninggalkan kawan2 di SMAPR. Pelbagai cerita sarat dalam bagasi ku turut serta ku heret pergi... Kali ini November datang dan bakal pergi...pastinya akan ku kunci dalam hati bahawa November ini sangat bererti dalam hidup "Ustazah Juliana". Terima kasih kawan kerana mengajar aku tentang ukhwah dan kemesraan.... :-)(aku sangat merindui kalian)

Tg. Pinang, Indonesia

Image
1 Mei lalu aku mengikuti trip ke Tg. Pinang anjuran Maybank Bt. Pahat. Sungguh menarik dan menakutkan..... Yang 'menakutkan' ialah sistem jalan rayanya yg sgt sibuk motorsikal bersimpang siur...tanpa ikut undang2.... Aku menjadi sgt takut.... tapi bagi org mereka itu lumrah Aku sangat teruja....sempat menziarahi masjid telur... Pengangkutan utama sana ialah Kijang dan motor.. Kijang serupa seperti teksi di Malaysia cuma  Kijang sana merupakan kereta seperti Unser, Pajero dll. Bilaku  Bab membeli belah...yg pasti tudung,telekung, kain batik lepas sgt murah dan cantik.... aku hampir pitam dalam kepadatan manusia di pasar mereka.... serupa pasar payang Terengganu....

Hati seorang "GURU"

Hati seorang guru dalam marahnya ada sayangnya... dalam geramnya  ada sukanya Hati seorang guru luar nampak garangnya tapi lembut hatinya keras katanya ada baiknya.... Hati seorang guru   apa yang anak murid  perlu tahu... tidak ada GURU yang mahu pelajarnya layu dan kuyu kerana itu aku menjadi seorang GURU.

Semoga berjaya Af...

Image
Hari ini hari terakhir Af di SMAPR.... akhirnya kau pergi juga... melewati masa kenangan.. menghimpun seribu kekuatan... Tak palah Af.... Takdir dan waktu  penentu kehidupan dan hala tuju Moga Af...cekal, tabah dan gagah menempuh dunia baru Apa yang pasti Af kini tidak lagi sendiri kasih semakin dekat tak perlu berjauhan lagi Cukuplah pengorbanan Af selama ini.... berkorban demi suami  dan diri sendiri... "Selamat bertugas di tempat baru"

Mereka, cuti sekolah dan Muzium Negara

Image
Cuti sekolah yang lalu menceritakan perihal kanak-kanak dan imiginasinya... Aku turut terjebak dalam imiginasi anak2 ku yang masih betah dengan pengetahuan dan pengalaman. Keinginan Iman untuk melawat Muzium Negara tercapai pada cuti sekolah yang lalu. Cuti sekolah yang lalu aku berkesempatan membawa dia dan adik2 nya menziarahi tempat pengumpulan cerita2 sejarah lama. Ternyata keriangan dan keterujaan mereka sungguh jelas dan nyata....namun mereka tetap kanak2 yang tidak tahu apa2..... Kanak2 tetap kanak2....yang penat cuma mama dan ayahnya  :-)

Aku dan Dunia Baru di SMKYP

Image
07 MAc 2009 Hari mesyuarat Agong PIBG dan majlis anugerah kecemerlangan. Hmmm...tahun baru dan sekolah baru. Sangat asing dan berbeza. Yang bestnya tidak ramai ibu bapa yang menghadirkan diri...jadi mesyuarat berjalan sangat lancar. Persembahan pelajar pun menarik. Maklumlah timbalan menteri pelajaran yang hadir. Mesti gah. Kumpulan kompang dan dikir barat SMKYP, walaupun mereka ini agak nakal dan degil tapi tidak pernah gagal dalam memberikan kerjasama bila ada majlis seperti ini. Syabas utk mereka. Aku dan pengerusi KEBIRU SMKYP                                              Aku,Elina,Ani,Azreen,Suhana dan Kak Siti Noor                                                            Kumpulan Dikir Barat SMKYP                                                            Kumpulan Kompang SMKYP

9 tahun yang lalu :-)

Image
27/02/2000 9 tahun yang lalu... menggamit memori indah.... sewaktu aku di nikahi dan di sandingkan atas pelamin dihiasi berseri... kini masa telah berlalu setiap kali detik itu hadir aku pasti tersenyum sendiri sememangnya detik itu  memang indah jadi kenangan manis dalam kehidupan. terima kasih kerana menjadi  raja dalam hidup ku....

Satu kenangan yang menggamit perasaan... :-(

Image
2 0/02/2009 Lewat malam begini....tiba-tiba aku rasakan hatiku sangat merindui pada kenangan...betul2 membuat hati ku jadi sayu.... Sayu dan rindu pada kawan2 di Pt.Raja...kalau boleh ingin aku kembali kesana...tapi apa kan daya, telah takdirnya..aku bukan lagi wujud di tanah smapr.... payah dan sukar utk ku letakkan hati dan kenangan ku jauh dari pt raja. Gelak tawa,senda gurau, cubit-cubitan.... Bila kawan baik ku katakan " dah tak ada orang nak cubit2 aku lagi"...hatiku sgt sedih....biar pun hati ku kini tenang dan aman di tempat baru....tempat lama tetap ku kenang. Betul kata org...sekali hati kita tekad dan bulat...akibatnya sgt sengsara...aku jadi perindu pada kenangan lalu... Kawan2...Af,Mai,Sal, Zai, Kiah dan tentu nya Saiyah....aku tak akan lupa pada kenangan kita di Smapr. Kalian tetap dalam ingatan selagi hayat di kandung badan.  Semalam...lepas habis temuduga spp, aku singgah dan ziarah pada kwn2 lama. Aku rindu utk mendgr anak2 murid ku memanggil aku 'ustazah

JCU 4704 bikin kembali

Image
Hmmm...selepas 9 tahun JCU 4704 suamiku kembali. Setelah terperuk sekian lama...akhirnya di "hidupkan". Kini dalam proses bikin semula. Mujur sipemunya JCU 4704 ini pandai bikin motor kesayangannya. Masuk hari ini sahaja dalam 6 orang menanyakan tentang motornya.  Pada yang menanyakan kepada aku,jawab ku senang sahaja..."awak akan jadi orang bertuah kalau dapat beli JCU 4704". Satu memori yang sukar untuk dipisahkan antara suamiku dengan JCU 4704 nya itu. Telah membawa dirinya menjelajah keseluruh semenanjung sebanyak 3 kali secara bersendirian... Biarlah...aku sentiasa menyokong walaupun aku baru sekali menaiki JCU 4704 itu. :-)

Dahulu aku di panggil "Ustazah"

Image
Dahulu aku dipanggil ustazah...:-) kerana aku mengajar di Sek. Men.Agama Pt. Raja... tempat aku mengajar dan mendidik anak bangsa.... sekolah itu beraliran arab / kebangsaan... maklumlah kebanyakan ustaz dan ustazahnya lulusan Al-Azhar. semuanya kini tinggal kenangan... sekolah itu terpaksa aku tinggalkan. kerana aku menilai masa depan                                                    akan ku rindui bilik dan mereka ini...:-( Terlalu banyak memori yang sarat dengan pemahaman penuh dengan tersurat dan tersirat.... kerana harga diri dan keikhlasan aku terpaksa bawa diri aku  mencari pada yg sudi menghargai keihklasan dan pengorbanan seorang "Guru"                                                                      Friend are forever 7 tahun aku menabur bakti... ceritanya penuh duri.... selama 7 tahun itu baru aku mengerti "kemuliaan seseorang insan itu tidak terletak pada ketinggian agamanya tapi pada AMALANNYA" kini aku dipanggil Cikgu... dan aku senang begitu..   

H.I.S

H = Yang membawa aku ke dunia perasaan....         belajar mengejar rindu         belajar menanam benih kasih dan sayang I =  Yang mengajar aku tentang harapan.....        belajar tentang keegoan        belajar untuk menilai masa depan S = Yang mengajar aku tentang kasih dan sayang...        belajar tentang kehidupan.....        seterusnya mengajak aku menjadi teman...:-)

1st try

salam, kali pertama mencuba kecanggihan teknologi maklumat..... kali pertama belajar untuk jadi lebih bijak dalam teknologi maklumat..... "selamat melayari keindahan bahasa dalam berbahasa"